Surah Al-Rahman ayat 68

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Rahman ayat 68 yang bermaksud: Di dalam kedua-dua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurma dan pokok delima.

Surah Al-An’am ayat 141

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-An’am ayat 141 yang bermaksud: Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang bersusun dan kebun-kebun yang tidak bersusun, pokok kurma, tanaman-tanaman yang berlainan rasanya, pokok zaitun, dan pokok delima yang serupa atau yang tidak serupa. Makanlah buahnya jika telah berbuah dan bayarlah zakatnya di hari kalian memetiknya. Dan janganlah kalian melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas . (Al-An’am : 141).

Rasulullah S.A.W

Rasulullah S.A.W yang bermaksud, Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut - [Diriwayatkanoleh Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni].

Sabda Nabi Muhammad s.a.w

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut (Diriwayatkan Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni).

Sabda Nabi Muhammad s.a.w

Baginda bersabda: Makanlah buah delima dengan kulitnya. Sesungguhnya kulitnya dapat membersihkan perut besar.Tidaklah sebutir biji buah delima berada di dalam perut seorang muslim, melainkan dia akan meneranginya dengan mengusir syaitan serta godaannya selama 40 hari.

Showing posts with label Madu Kelulut Asli. Show all posts
Showing posts with label Madu Kelulut Asli. Show all posts

Sunday, July 28, 2013

Madu Kelulut Asli

Madu Kelulut Asli YMR (RM60.00)

KELULUT merupakan sejenis serangga dari keluarga APIDAE (lebah) yang menghasilkan manisan madu dan tidak menyengat. Madu kelulut mempunyai khasiat yang tinggi dan dikatakan dua Kali Ganda lebih dari lebah lain. Ini kerana madu kelulut kaya dengan mineral (magnesium, kalium, kalsium, sulfur, besi, iodin, zink, tembaga, fosfat) dan vitamin (B1, B2, B3, B5, B6, C). Kehebatan madu dalam menyembuhkan penyakit juga telah di sebut dalam Al-Quran dan Hadis.
Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nahl ayat 68 & 69 yang bermaksud:
Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang didirikan oleh manusia. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Sesiapa menjilat/minum madu tiga(3) pagi setiap bulan, tidak akan ditimpa bala (penyakit) berat. (Diriwayatkan oleh Abu Hurairah )
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Syifa (ubat/pengubatan/pembaikan/penawar) itu ada pada tiga – meminum madu, berbekam, dan dengan besi panas, dan aku melarang/menegah ummatku dari besi panas.(Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah - Kitab Sahih Bukhari)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Ke atas kamu dua penyembuh (syifa) : Madu dan Alquran (Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Majah)

KEBAIKAN DAN KHASIAT MADU KELULUT ASLI YMR

  • Awet Muda dan Menyerikan Wajah
  • Anti-Bakteria
  • Kaya Dengan Anti-Oksidan 
  • Mencerdaskan Minda
  • Memberi Tenaga
  • Mencegah Penyakit Arthritis (Sendi)
  • Mengurangkan Masalah Pecah Kaki
  • Melegakan Penyakit Gout
  • Menghaluskan dan mencerahkan kulit.
  • Mengatasi Masalah Kulit
  • Mengurangkan Masalah Buasir
  • Mengurangkan Masalah Stress / Letih
  • Mengurangkan Masalah Resdung
  • Membantu Masalah Sesak Nafas / Batuk
  • Melegakan Sakit Tekak

KELEBIHAN MADU KELULUT YMR

Madu kelulut asli YMR merupakan madu asli yang dituai terus dari ladang lebah kelulut yang mendapat pengiktirafan daripada FAMA. Ini dapat menambah keyakinan bahawa madu kelulut yang dikeluarkan oleh syarikat YMR merupakan madu kelulut yang asli.
Madu kelulut YMR juga bebas dari bahan tambahan, bahan pengawet, penambahan air, pewarna tambahan, dan perisa tiruan. Hal ini telah dibuktikan oleh pihak UNIPEQ melalui dua analisis iaitu ‘Honey Analysis’ dan ‘Nutritional Labeling Malaysia Analysis.
Produk ini juga telah mendapat pengiktirafan Halal daripada Jabatan Agama Islam (JAIM) dan pengkelasan produk sebagai makanan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dengan madu kelulut berqualiti yang dikeluarkan oleh syarikat YMR, pengguna dapat menikmati semua khasiat yang ada pada madu kelulut tanpa ragu-ragu dan melihat sendiri keberkesanannya pada kesihatan tubuh badan. Harga yang ditawarkan bagi produk kami juga ternyata berbaloi dengan khasiat yang diperolehi daripada amalan meminum madu kelulut asli keluaran syarikat YMR.

KAJIAN – KAJIAN TENTANG KHASIAT MADU KELULUT

Madu kelulut juga dikatakan mempunyai khasiat tinggi. Kajian telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu.
Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik adalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut. Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas yang merupakan bahan aktif yang boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan dan bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu kelulut mempunyai khasiat dari segi perubatan. Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu kelulut berupaya menurunkan glukosa selain daripada itu ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan dapat mengurangkan stress aksidatif. Selain itu kajian pada tikus yang telah di buang ovari untuk kajian menopaus menunjukkan madu mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang mana bermakna ia membantu manguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.
Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan mempelopori penggunaan madu bagi merawat ulser diabetes dan mengurangkan masalah inflamasi pada mukosa mulut pesakit kanser nasofarign yang menjalani rawatan radiasi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Madu juga dikenalpasti berpotensi menurunkan paras gula dalam darah serta meningkatkan kesihatan fizikal.
Kajian dilakukan di bawah pengawasan Prof. Madya. Siti Amrah Sulaiman itu menunjukkan penggunaan madu kelulut boleh menurunkan paras glukos pesakit diabetes selain berkesan untuk mencegah kanser dan gout katanya. [Universiti Sains Malaysia (USM)]
Khasiat madu kelulut dikatakan dapat mening¬katkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, memberi tenaga kepada wanita yang baru bersalin dan membantu merawat kecederaan dalaman. Madu kelulut juga memperlahankan pertumbuhan sel kanser, mengecutkan kerada¬ngan dan meningkatkan daya imunisasi tubuh.
Analisis ekstrak madu kelulut yang dilakukan menggunakan alat kromatografi gas spektrometer jisim (GCMS) menunjukkan kehadiran pelbagai jenis asid fenolik (bahan antioksidan ringkas). Antara bahan yang telah dikenal pasti ialah asid benzoik, asid fenilpropanoik, asid 4-hidroksibenzoik, asid 4-hidroksifenil asetik, asid vanilik, asid protokatechuik dan asid p-koumarik. Kajian sebelum ini menunjukkan asid fenolik mempunyai pelbagai khasiat seperti merendahkan paras kolesterol dalam darah, antioksidan dan antikanser.
kajian makmal di Mardi, madu kelulut boleh menyembuhkan lelah, batuk, asma dan lain-lain penyakit. "Bukan setakat madu sahaja, Propolis dan Polen dihasilkan kelulut boleh juga dimakan dengan direndam ke dalam air panas. Air rendaman itu juga boleh diminum begitu sahaja untuk menghilang batuk atau lelah," katanya ( Penolong Pegawai Penyelidik Mardi, Zulidzham Mohd Sani)