Oleh :Nik Mohamad Abduh
Mulai hari ini sehingga akhir Ramadhan, insya Allah saya akan khatam 100 kali al Quran.
Caranya, saya akan baca surah al Ikhlas 300 kali. Satu surah al Ikhlas
adalah menyamai satu pertiga al Quran. Maka untuk 100 kali al Quran,
saya perlu membaca 300 kali surah al Ikhlas.
Begitu Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam telah
mengajar kita bagaimana untuk membaca al Quran dan menyempurnakannya
dengan mudah. Saya yakin akan memperolehi ganjaran yang besar daripada
Allah kerana saya tanpa ragu-ragu lagi, yakin dengan perkhabaran yang
benar daripada RasuluLlah ini.
Untuk memudahkan, saya akan
membaca 15 kali surah al Ikhlas setiap kali selepas solat lima waktu
sehinggalah 29 Ramadhan ini. Saya akan berusaha untuk tidak
menangguh-nangguhkan bacaannya sehingga luput hari-hari bulan Ramadhan
yang penuh berkat ini.
Saya juga tahu, untuk memperolehi pahala
yang besar daripada amalan mudah ini, saya perlulah memenuhi
syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh ugama ini;
1) Saya
mestilah beriman dengan al Quran dengan iman yang benar dan sejahtera.
Saya mestilah yakin bahawa al Quran adalah petunjuk dan pedoman dalam
apa jua aspek kehidupan manusia.
2) Saya mestilah ikhlas, tidak mengharapkan selain ridha dan ganjaran yang agung daripada Allah.
3) Saya mestilah membacanya dengan penuh tartil, khusyu' dan memahami
isi surah al Ikhlas sebaiknya dan berazam untuk hidup dengannya.
Saya mengharapkan semoga, apabila saya berjaya melaksanakan azam saya
ini, Allah akan mengurniai saya dengan hidayat dan taufik di jalanNya
yang lurus.
Saya yakin, membaca 300 kali surah al Ikhlas tidak
akan mengganggu bacaan ayat-ayat al Quran saya yang lain sepanjang
Ramadhan. Masa Ramadhan yang penuh berkat ini tersedia buat
hamba-hambaNya yang berlumba-lumba melakukan amal taat kepadaNya.
Mampukah anda mencabar saya? Nah, lakukanlah. Saya gembira, dan saya menunggu ganjaran seterusnya daripadaNya..
Mulai hari ini sehingga akhir Ramadhan, insya Allah saya akan khatam 100 kali al Quran.
Caranya, saya akan baca surah al Ikhlas 300 kali. Satu surah al Ikhlas adalah menyamai satu pertiga al Quran. Maka untuk 100 kali al Quran, saya perlu membaca 300 kali surah al Ikhlas.
Begitu Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam telah mengajar kita bagaimana untuk membaca al Quran dan menyempurnakannya dengan mudah. Saya yakin akan memperolehi ganjaran yang besar daripada Allah kerana saya tanpa ragu-ragu lagi, yakin dengan perkhabaran yang benar daripada RasuluLlah ini.
Untuk memudahkan, saya akan membaca 15 kali surah al Ikhlas setiap kali selepas solat lima waktu sehinggalah 29 Ramadhan ini. Saya akan berusaha untuk tidak menangguh-nangguhkan bacaannya sehingga luput hari-hari bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.
Saya juga tahu, untuk memperolehi pahala yang besar daripada amalan mudah ini, saya perlulah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh ugama ini;
1) Saya mestilah beriman dengan al Quran dengan iman yang benar dan sejahtera. Saya mestilah yakin bahawa al Quran adalah petunjuk dan pedoman dalam apa jua aspek kehidupan manusia.
2) Saya mestilah ikhlas, tidak mengharapkan selain ridha dan ganjaran yang agung daripada Allah.
3) Saya mestilah membacanya dengan penuh tartil, khusyu' dan memahami isi surah al Ikhlas sebaiknya dan berazam untuk hidup dengannya.
Saya mengharapkan semoga, apabila saya berjaya melaksanakan azam saya ini, Allah akan mengurniai saya dengan hidayat dan taufik di jalanNya yang lurus.
Saya yakin, membaca 300 kali surah al Ikhlas tidak akan mengganggu bacaan ayat-ayat al Quran saya yang lain sepanjang Ramadhan. Masa Ramadhan yang penuh berkat ini tersedia buat hamba-hambaNya yang berlumba-lumba melakukan amal taat kepadaNya.

0 comments:
Post a Comment