Madu Lebah Asli
Lebah madu adalah salah satu spesis
dalam kumpulan Apis. Lebah madu dibezakan terutamanya dengan penghasilan
dan simpanan madu dan pembinaan koloni sarangnya yang sempurna daripada
lilin lebah.
Lebah merupakan makhluk Allah SWT yang
banyak memberi manfaat dan kenikmatan kepada manusia. Ini telah
dijelaskan di dalam Al-Quran, surah An Nahl ayat 68-69 dimana Allah SWT
berfirman yang bermaksud:
Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang didirikan oleh manusia. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang mahu berfikir.(Surah An-Nahl: 68-69).
Dalam ayat ini secara jelas disebutkan
bahawa madu adalah ubat atau penawar yang dapat menyembuhkan pelbagai
penyakit yang dihadapi oleh manusia. Di dunia Islam, penggunaan madu
sebagi ubat sudah dilaksanakan sejak zaman Nabi Muhammad SAW. Pada saat
itu, madu digunakan untuk mengubati penyakit diare atau cirit birit.
Propolis atau gam lebah yang berasal dari madu juga sangat berkhasiat
untuk mengubati berbagai macam penyakit.
Kajian khasiat madu secara ilmiah juga
telah dikaji oleh saintis Muslim terkemuka di era keemasan Islam, yakni
Ibnu Sina (890-1037). Bapa perubatan dunia dan pemikir Muslim agung pada
abad ke-10 M itu tercatat sebagai doktor yang melihat mengenai khasiat
madu dari segi kesihatan dan dunia perubatan. Selama hidupnya Ibnu Sina
banyak mengambil madu sehingga awet muda dan berumur panjang. Madu,
menurut Ibnu Sina, boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dari yang ringan
hingga yang berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Madu juga
boleh menurunkan suhu badan serta menetapkan rembesan sehingga dapat
menghilangkan penyakit demam.
Menurut Dr. Susan Percival dari Jabatan
Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat,
MADU LEBAH mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti
B6, Thiamin, Miacin, ribotlorina dan asid pontohenic. Madu juga
mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnesium,
phosporus, potassium, sodium dan zink. MADU LEBAH juga berperanan
sebagai antioksida dalam badan manusia yang mampu menghapuskan
bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit
kronik. Kajian terkini membuktikan kandungan MADU LEBAH yang terdiri
dari bahan semulajadi pelbagai gula seperti glukos dan fruktos. Ini
meningkatkan stamina para atlit, menurut Dr. Susan lagi.
Dalam satu kajian lain, pakar
mikrobiologi Amerika, Richard F. Stier mendapati komposisi unik
kandungan MADU LEBAH juga boleh menjadi agen anti-mikrobial, untuk
merawat kulit yang cedera akibat kebakaran atau luka. Ia juga mampu
mengelakkan jangkitan berpunca dari bakteria.
Menurut Dr. Paul Gold, seorang Profesor
Psikologi dari University of Virginia, “manusia dapat mengingati sesuatu
perkara dengan lebih baik selepas mereka mengambil glukos, sejenis gula
yang terdapat dalam MADU LEBAH” Cendekiawan perubatan Rom menggunakan
MADU LEBAH agar pesakit sukar tidur supaya tenang dan memudahkan pesakit
tidur lena. Hippocrates, cendekiawan Greek menyanjung tinggi MADU LEBAH
dalam keupayaan penyembuhan penyakit. Beliau telah banyak menghasilkan
ubat-ubatan berasaskan madu antaranya untuk rawatan sakit kulit, ulser
dan sakit tekak.
Orang Mesir purbakala menggunakan MADU
LEBAH sebagai bahan asas merawat pesakit yang terbakar, melecur. MADU
LEBAH juga diguna untuk merawat mangsa perang yang luka teruk dan
terbakar.
Perang dunia kedua menyaksikan
doktor-doktor Jerman menggunakan campuran MADU LEBAH dan limpa ikan kod
terhadap askar mereka yang luka teruk dalam peperangan supaya dapat
bertahan dan meneruskan perang.
MADU LEBAH terdiri dari bahan antioksida
yang tinggi kaya dengan sumber vitamin, mineral dan amino asid. Ia juga
amat berguna sebagai anti-mikrob dan ianya diiktiraf sebagai sumber
pemberi tenaga semulajadi yang hebat.
@ Sumber-sumber maklumat di atas adalah dipetik dari: National Board Honey – USA
0 comments:
Post a Comment